PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ayah dan ibu adalah orang yang amat penting dalam hidup mereka. Fikirkan balik, betapa susahnya mereka menjaga kita masa kecil.

Ayah susah payah membanting tulang bekerja siang malam untuk cari rezeki. Ibu pula terkejar sana sini untuk memastikan anak kesayangannya dalam keadaan baik. Apa yang kita nak semua dapat.

Jadi bila kita dah besar, ini lah masanya untuk kita membalas jasa mereka. Kali ni kami nak kongsi kisah yang patut dijadikan teladan. Begitu tabahnya seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit stroke..

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mohd Yunos.

Tabahnya Anak Ini Menjaga Ayahnya yang Stroke
Gambar hiasan.

Satu kisah yang menyedihkan

ASalam.

Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta….
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini …
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.

Caring betul anak pakcik ni.. Salute!

Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik.

Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

Patut dijadikan teladan..

“Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?” Jawab anak lelaki tu , “ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal…”

Pakcik tu berkata lagi, ” Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu..”
Sahut anak lelaki tu, ” Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya… abah kena stroke… moga2 abah cepat sembuh….”

Sekadar mengingatkan pada yg masih ada..

Copy dari sebelah semoga memberi menafaat utk kita.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.