PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

MESKI hidupnya pernah dikecewakan lelaki dan gagal dalam rumah tangga, tidak bermakna pelakon Izreen Azminda,30 serik untuk menerima kehadiran seorang teman baru. Namun buat masa sekarang kerjaya dan anak, adalah fokus utama. Bukan mencari teman hidup.

“Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Sekarang ini semua perkara perlukan duit. Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya.

“Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” ujar Izreen tentang lelaki pilihannya.

Izreen Azminda Hanya Tertarik Kepada Lelaki Berduit

Izreen sebelum ini pernah berumah tangga dengan Muhammad Riza Baharuddin pada tahun 2012 dan namun berpisah selepas dua tahun berkahwin. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Ketika ditanyakan soalan jodoh, Izreen berkali-kali menegaskan ia bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan. Sekali pun ramai lelaki yang cuba mendekatinya memetik Mangga Online.

“Apabila orang cuba dekat, saya katakan tidak buat masa sekarang. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak mahu sebarang komitmen. Kosong komitmen!

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang membesarkan anak dan juga meneruskan kerjaya. Apa sahaja yang saya buat tidak perlu meminta izin sesiapa.

“Belum terfikir lagi untuk berumah tangga sebab saya sudah lalui semua ini. Bukannya serik, tetapi tidak  mahu terkejar-kejar dalam soal itu,” tegas ibu kepada Muhammad Adrian Umar ini.

“Sekarang ini semua perkara perlukan duit. Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai” – Izreen Azminda
Izreen gembira menguruskan kerjaya dan anak sendiri tanpa lelaki di sisi.

Berkongsi apa yang telah dilalui sebelum ini, Izreen memberitahu ia bukanlah satu perjalanan yang mudah buatnya. Pahit dan manis kehidupanan lepas adalah pengajaran buat Izreen menjadi lebih kuat sebagai seorang wanita.

“Rasanya tidak semua mampu menjadi Izreen Azminda jika mereka tahu keadaan sebenar yang pernah saya  lalui sebelum ini.

“Perlu menjadi seorang berhati batu dan cekal. Jika tidak kuat saya boleh jatuh bila-bila masa sahaja. Itulah juga wanita-wanita lain perlu lakukan sekarang,” nasihat Izreen.

Bercerita tentang kerjaya, Izreen bakal tampil dalam drama Aku Seorang Perempuan dan Awaklah Imam Saya selain akan memulakan penggambaran drama Kak Mar tidak lama lagi. Izreen turut menjadi pengacara untuk rancangan Layar Kasih di saluran RTM.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.