PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Semua lorong di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka ditutup sehingga Sabtu ini bagi kerja-kerja pembersihan banjir lumpur.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan cuaca dan pengesahan pakar cerun memetik MStar.

KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tutup sehingga Sabtu

“Sekiranya berlaku banjir lumpur kali kedua, kami terpaksa lanjutkan tempoh penutupan lebuh raya berkenaan. Penutupan dibuat sehingga kerja-kerja pembersihan diselesaikan sepenuhnya,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mansor berharap semua pengguna jalan raya dapat bersabar dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan. Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Kejadian itu menyebabkan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.