PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga tambang baru bagi perkhidmatan KTM Komuter di mana akan naik sehingga RM7.20 sehala, bermula 2 Disember ini.

Ini menyaksikan kenaikan harga tambang baru ini sebanyak 4 sen bagi setiap satu kilometer di mana harga asal sebelum ini adalah 11 sen bagi satu kilometer naik kepada 15 sen bagi satu kilometer.

Senarai Harga Baru Tambang KTM Komuter Disember 2015

Presidennya, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata, kenaikan itu hanya membabitkan sektor Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Beliau dalam pada itu memberitahu bahawa potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Senarai Harga Baru Tambang KTM Komuter, Berkuatkuasa 2 Disember Ini

Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah pula dikecualikan membayar tambang.

Jelasnya, kadar tambang baru itu akan memanfaatkan pengguna komuter untuk perjalanan jauh.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penduduk di luar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam, khasnya untuk mereka menjelajah dari kawasan pinggir bandar ke tempat kerja di pusat bandar,” katanya dalam sidang media di KL Sentral, hari ini.

Menurut beliau lagi, kadar tambang baru ini telah diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), selepas mendapat lampu hijau daripada Kabinet pada September lalu.

Jelasnya, kali terakhir penyelarasan tambang KTM Komuter ialah pada Februari 2003.

“Struktur tambang baru ini akan dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang naik setiap tahun, susulan kenaikan harga alat-alat ganti.

“KTM juga tertakluk kepada kadar komersial untuk tarif elektrik,” katanya dipetik The Rakyat Post.

Beliau juga memberitahu bahawa dengan kenaikan ini, KTMB masih menanggung kerugian kerana berdasarkan kos operasi asal setiap penumpang adalah 20 sen setiap kilometer.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.