PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.

Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira  pukul 3 petang Isnin.

Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya memetik MStar.

Sharifah Haslinda dan Reezal Merican akan Bercerai

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi mStar Onlinebagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.

“Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak,” katanya.

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun  2005 sebagai isteri kedua.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.

(Update: Permohonan cerai terhadap Datuk Seri Reezal Merican ditarik balik oleh Sharifah Haslinda)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.