PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon yang baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ASK 2015 menerusi filem Gila Baby, Sharnaaz Ahmad memberitahu bahawa dia bakal melebarkan sayapnya ke Hollywood tidak lama lagi.

“Saya mahu ke Hollywood. Ada beberapa uji bakat yang dihadiri tetapi saya tak mahu beritahu produksi mana. Apa-apa pun nanti dulu, masih terlalu awal untuk dikongsikan. Jika saya dapat peluang itu juga, semestinya saya akan buat sehabis baik,” katanya yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut memetik Rotikaya.

Sharnaaz Ahmad Mahu Tempa Nama di Hollywood

Dalam pada itu, kemenangannya yang pertama pada Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) nyata membuatkan dirinya begitu teruja dan tidak menyangkakan langsung akan kemenangannya pada malam itu.

“Terkejut sekali kerana saya tak menyangkakan langsung kemenangannya ini kerana saya banyak tercalon dalam drama tetapi tersangkut dalam filem Gila Baby. Alhamdulillah dan terima kasih,” ujarnya yang berazam akan memberikan yang lebih baik untuk filem serta drama lakonannya pada masa akan datang. Tahniah Sharnaaz Ahmad!

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.