PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tidak semua perkara kita boleh puaskan hati orang. Ada sahaja yang tidak kena.

Walaupun ada yang memuji pasti ada yang mengkritik. Inilah yang terjadi terhadap Sheeda apabila ramai penonton yang tidak berpuas hati apabila dia tidak tersingkir pada minggu ketiga. Lain pula jadinya apabila dia terkeluar pada minggu keempat memetik Sinar FM.

Sheeda sedih juri Gegar Vaganza 2 yang mengejek umurnya

“@sheedadangdutofficial: Sy terima keputusan ini dengan hati yg terbuka tetapi terkilan dengan komen2 yg diberikan oleh pihak juri..sy menyertai @gegarvaganza_2015 atas semangat utk memeriahkan lagi industri muzik tanah air..
Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekkan dan ketawa terbahak2..berjuta rakyat malaysia menonton melihat maruah sy diperlekeh sebegitu rupa..sy bertanding atas dasar vokal atau umur???”

Mereka yang tidak suka akan persembahannya pasti menarik nafas lega kerana dia sudah tersingkir. Tetapi apa yang menyedihkan kutukan serta kritikan diberikan terhadap Sheeda amat melampau. Ini dilihat terutama di laman sosial. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana kita sebagai manusia tidak perlu mengkritik melampau-lampau.

Sheeda terkilan dengan komen melampau juri Gegar Vaganza 2 yang mengejek umurnya

Seperti yang dikatakan oleh Sheeda, bertanding atas dasar vokal atau umur? Ini memang menyedihkan. Sekurang-kurangnya Sheeda begitu bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik dengan tugasan yang diberikan. Dia sedikit tidak merungut sebaliknya di berusaha untuk membuat yang terbaik.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun tidak sepatutnya kita menjatuhkan hukuman mahupun kritikan yang begitu teruk kepada seseorang. Sebaiknya berkata-kata yang mendoakan kepada kebaikan lebih baik.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.