PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ahad lalu, ketika kemunculan Kak Engku dan Salih Yaakob di Gegar Vaganza 2, mereka berdua telah mengumumkan bahawa 27 November adalah hari terakhir mereka mengendalikan slot Sinar Pagi Sinar FM.

Pada mulanya kami ingat sekadar gimik semata-mata. Namun ternyata ia benar. Hari ini adalah hari terakhir buat Krill Rashid, Kak Engku dan Salih Yaakob membuatkan orang ramai terhibur menerusi slot Sinar Pagi memetik Beautifulnara.

Kenapa Krill Rashid, Kak Engku dan Salih Yaacob iada lagi di Sinar Pagi?

Secara jujur, kami dulu memang pendengar setia trio ini di Sinar Pagi. Agak menyedihkan juga apabila ini adalah hari terakhir mereka bertiga. Menerusi perkongsian di Facebook Sinar FM, Kak Engku dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu sedih. Iyerlah, bertahun-tahun juga mereka bertiga bersama jatuh bangun di Sinar Pagi.

Isnin ini, bakal pengganti Krill, KE dan SY bakal diketahui. Daripada teaser yang diberikan, nampaknya macam 3 orang lelaki. Sama-sama kita nantikan. Adakah anda bersedih dengan pemergian trio ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.