PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan menjalankan serbuan di pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya pada petang Jumaat.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, serbuan yang bermula kira-kira jam 5.15 petang itu melibatkan sekurang-kurangnya lima pegawai SKMM.

Pejabat Malaysiakini diserbu SKMM

Difahamkan perbincangan turut berlangsung antara pihak SKMM dan Ketua Editor Malaysiakini.

Berdasarkan sumber dalaman Malaysiakini, tindakan SKMM itu bagi menjalankan siasatan terhadap laporan mengenai isu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi yang ‘dipindah tugas’ daripada Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan perbincangan sedang berlangsung antara pegawai SKMM tersebut dengan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan serta seorang wartawan berkenaan laporan yang disiarkan pada Isnin lalu (2 November).

Pada tarikh yang sama, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki menafikan laporan Malaysiakini mengenai pemindahan secara mengejut Ahmad Shazalee yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan SRC International Sdn. Bhd.

Menurut beliau, Ahmad Shazalee masih kekal dengan SPRM malah telah dinaikkan pangkat dan disahkan jawatannya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.