PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sepasang suami isteri yang baru berkahwin ditahan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol isterinya.

Kedua suspek juga didakwa turut memotong kemaluan, memasak serta memakannya.

Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.

Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh mangsa.

Perangkap dan bunuh perogol kemudian kerat kemaluan perogol lalu dimakan
Bunuh makan alat kemaluan perogol. Ketua polis bercakap dengan suspek, Rudi Afendi dan isteri

Polis berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi dan isterinya yang berusia 20 tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak dan kemudian turut memakannya bersama-sama.

Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa “sakit hati” nya.

“Saya begitu marah’, katanya.

Suami isteri pakat perangkap dan bunuh perogol kemudian kerat kemaluan perogol lalu masak dan makan bersama

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober.

Menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa. sebelum bertidak menikam mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.

“Kes masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang, ” kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.