PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Keputusan itu dibuat Hakim Norsharidah Awang, selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Salleh, 66, suami kepada Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di ibu negara memetik Free Malaysia Today.

Mahkamah putuskan suami Shahrizat Jalil bebas tuduhan pecah amanah

Beliau yang juga pengarah NFCorp, dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 November 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd., yang mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.