PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebuah limosin dihiasi dengan pelekat ‘Hello Kitty’ yang digunakan membawa aktor filem Tamil, Rajinikanth disewa sepanjang hari dan bukannya beberapa jam, dakwa sebuah syarikat perhubungan awam (PR) di negara ini.

Pengarah Urusan Malik Stream Corporation Sdn Bhd, Abdul Malik Datshigeer turut menafikan dakwaan bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa menyerahkan telefon bimbitnya sebagaimana yang dilaporkan pada Khamis memetik Mstar.

Limosin Bawa Rajinikanth Rupanya Disewa Sepanjang Hari

“Kami tidak menggunakan sebarang taktik kekerasan.

“Hakikatnya kami memberikan wang tunai tambahan sebagai insentif kepadanya kerana memandu ke Melaka,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada Rabu syarikat kereta sewa itu mendakwa bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa membawa bintang filem dari India itu ke Melaka pada petang Isnin, walaupun dia diarahkan untuk mengambil seorang VIP lain pada waktu yang sama.

Rajinikanth turut membuat penampilan ringkas pada sidang media itu dan menyapa Abdul Malik.

Abdul Malik berkata syarikatnya juga turut menamatkan perkhidmatan 20 pengawal yang ditugaskan untuk memantau majlis tersebut selepas menerima aduan mereka berkelakuan agresif.

Pengurus Besar Malik Stream, Ismail Abdul Rashid berkata beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.