PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Peserta dari Pahang, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, diumumkan juara Pencetus Ummah 2015 (PU 2015) musim ketiga dalam program akhir Mimbar Pencetus Ummah, malam tadi.

Tempat kedua dimenangi Taha Mohd Omar, manakala tempat ketiga dan keempat menjadi milik Abdul Zaid Abdul (Zaid) dan Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim (Amin) memetik Berita Harian.

Juara Pencetus Ummah 2015 jatuh kepada PU Syed Mohd Bakri
JUARA Kemuncak Akhir Mimbar Pencetus Ummah 2015, PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak (dua dari kiri) bersama pemenang tempat keempat, PU Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim (kiri), pemenang kedua, PU Taha Mohd Omar dan pemenang tempat ketiga, PU Abdul Zaid Abdul (kanan) pada Malam Kemuncak Akhir Mimbar Pencetus Ummah 2015 di Kolej Universiti Islam (KUIS), Bangi.

Dengan kemenangan itu, Syed Mohd Bakri membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala naib juara serta pemenang tempat ketiga dan keempat, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Hadiah disampaikan oleh Mudir PU 2015, Datuk Mohd Kazim Elias dan Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Syed Mohd Bakri juara Pencetus Ummah 2015
Syed Mohd Bakri

Pemenang dinilai berdasarkan peratusan markah sebanyak 70 peratus daripada juri profesional yang diketuai Mohd Kazim Elias, Habsah Omar (Abby Fana) dan juri jemputan terdiri daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta penceramah bebas, Mohd Farid Ravi Abdullah.

Markah selebihnya adalah daripada undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Program kerohanian yang melatih peserta muda dari pelbagai latar belakang kerjaya menjadi pendakwah agama berlangsung selama tujuh minggu bermula 27 Ogos lalu dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.