PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan hari ini, cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur.

Menurut kajian BNM baru-baru ini melibatkan lebih 4,000 rakyat Malaysia yang bekerja, kebanyakan daripada responden tidak mempunyai perancangan belanjawan yang teratur, atau tidak mengamalkan disiplin kewangan untuk mengurus perbelanjaan dan hutang memetik The Malay Mail.

Inilah tabiat buruk sejati rakyat Malaysia
Banyak hutang dan tiada simpanan, tabiat buruk rakyat Malaysia

“Rakyat Malaysia cenderung untuk fokus kepada kepuasan jangka masa pendek,” kata pengarah pengendalian pelanggan dan pasaran BNM, Suhaimi Ali, semasa membentangkan laporan kajian itu.

Rakyat Malaysia berhutang diluar kemampuan

Menurut Suhaimi, rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori 40 peratus termiskin berhutang sebanyak 14 kali pendapatan tahunan mereka, secara purata.

Sebanyak 19 peratus daripada responden berasa mereka ada terlalu banyak hutang, manakala cuma 26 peratus melangsaikan hutang kredit kad mereka dengan penuh di hujung bulan.

Alami kesukaran untuk simpan wang kecemasan

Bancian tersebut juga mendapat cuma 51 peratus responden menyimpan wang dalam tabung kecemasan, dan 76 peratus mengakui mengalami kesukaran menyimpan hingga RM1,000 untuk kecemasan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.