PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

The Great Tit mungkin kelihatan seperti burung yang comel. Tapi jangan tertipu oleh penampilan.

Sebenarnya, The Great Tit adalah makhluk paling kejam di dunia. Dikenali juga sebagai Zombie Tit, burung berkicau ini adalah mesin pembunuh yang memakan otak ketika lapar.

The Great Tit selalunya mencari burung kecil lain atau kelawar sebagai santapannya. Mereka akan memecahkan kepala mangsanya untuk makan otaknya.

Burung Pemakan Otak

Burung ini boleh ditemui di sebahagian Asia dan utara Afrika. Makanan utama mereka sebenarnya adalah serangga kecil dan biji-bijian. Bahkan 90 peratus diet mereka adalah tumbuhan.

Paruh burung ini sangat kuat hingga mampu memecahkan kulit kacang hazelnut dan biji-bijian lain. Mereka juga menyerang tempat simpanan makanan yang dibuat oleh burung sejenisnya dan kadang-kadang bertindak sebagai pemakan bangkai juga.

The Great Tit juga dikatakan mempunyai naluri pembunuh, menurut beberapa laporan ilmiah. Jika ada peluang, The Great Tit tidak akan teragak-agak menggunakan paruhnya yang kuat untuk membunuh burung kecil lain.

Dalam satu gambar yang sangat mengerikan yang diambil, menunjukkan lebih dari sepuluh burung redpolls mati dengan tengkarak mereka pecah. Dipercayai mereka adalah mangsa The Great Tit.

"The Great Tit akan menyerang burung kecil dan lemah, membelah tengkarak mereka dengan paruhnya yang kuat untuk memakan otak. Burng ini juga menjadikan kelawar sebagai sasarannya untuk tujuan sama.

Sebuah kajian pada 2010 menonjolkan pembunuhan kelawar oleh spesies ini. Menurut laporan itu, The Great Tit kadang-kadang masuk ke gua mencari kelawar, membelah kepala mereka dan makan otaknya.

Inilah Burung yang Paling Kejam di Dunia

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.