PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sesiapapun pastinya ingin kelihatan muda walaupun sudah mencecah usia di atas 50 tahun, terutamanya wanita. Walaupun kelihatan mustahil, namun Michelle Yim (58) berjaya melakukannya. 

Apa rahsianya?

Personaliti Michelle menjadi bualan hangat di media setelah beliau memuat naik gambar-gambar beliau sedang bersantai di tepi kolam dengan mengenakan pakaian renang.

Di Usia 58 Tahun, Artis Ini Masih Cantik Bergetah

Dalam gambar tersebut, Michelle menunjukkan beliau tetap kelihatan muda dan bahkan kelihatan seperti wanita berusia 30an. Beliau ditanya mengenai gambarnya tersebut, Michelle lantas menganggap pekara itu bukan sesuatu yang menarik dan ia hanya hidup sihat sejak masih muda.

"Saya akui, saya memang tidak cukup masa untuk melakukan sukan rutin, tapi pekerjaan sehari-hari sudah membuat kita bergerak bukan? Yang saya lakukan adalah menjaga pengambilan makan sehari-harian. Saya mengira setiap kalori yang masuk ke dalam tubuh saya," jelas Michelle dalam keterangannya.

Oleh sebab itu, Michelle selalu memastikan setiap hari beliau menjaga kadar kolesterol dan lemak dalam menunya setiap hari. Michelle hanya makan dengan menu tetap seperti tauhu, sayur-sayuran segar berwarna hijau dan ikan. Menurutnya, setiap individu mempunyai kawalan atas tubuhnya sendiri, sehingga mereka boleh memilih mana yang baik dan mengurus tubuh mereka yang terbaik.

"Saya yakin pola makan dan memilih dengan teliti apa saja yang kita makan sangat mempengaruhi kesihatan tubuh, termasuk bagaimana penampilan tubuh akan kelihatan. Dengan banyak makan sayur dan buah, maka kulit akan menjadi lebih sihat," terang Michelle. 

Tak Sangka Artis Cantik Bergetah Ini Berusia 58 Tahun

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.