PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam ternyata meninggalkan ingatan yang mungkin tidak dapat dilupakan kepada mereka yang terlibat.

Seorang mangsa, Naimran Ibrahim,37, menceritakan detik cemasnya apabila kereta yang dinaiki bersama bapanya, Ibrahim Mohd Yunus, 62, telah dihanyutkan oleh arus deras ditempat kejadian.

“Semasa kejadian, hujan lebat membasahi laluan berkenaan dan tiba-tiba sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya melintang di laluan itu.

Detik Cemas Kereta Hanyut Dibawa Arus Ketika Tanah Runtuh

“Pada mulanya saya sangka lori itu melintang akibat keadaan jalan yang licin tetapi tidak lama selepas itu, barulah saya sedar terdapat air lumpur yang banyak melimpah dari sebuah bukit berhampiran laluan itu,” katanya dipetik laporan Bernama dekat sini.

“Air bercampur lumpur turun secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan saya hanyut.”

“Sebaik sedar kereta saya dihanyutkan air, saya bergegas keluar dan meninggalkan kereta. Waktu itu yang terlintas hanyalah mahu selamatkan diri dulu.

“Saya lari kira-kira 50 meter meninggalkan kereta. Saya lihat kereta saya dibawa arus air sebelum tersangkut di longkang,” ceritanya lagi yang dipetik Berita Harian.

Beliau adalah antara sembilan orang pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kejadian itu di mana kesemua mereka terselamat.

Menurutnya, dia dan bapanya itu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Lumpur rasa amat bersyukur terselamat daripada kejadian yang pertama kali dilalui itu.

Manakala itu, seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong, Low Chin Seng, 17, membaritahu keretanya remuk dibahagian depan melanggar kenderaan yang berada di depannya.

Kejadian tanah runtuh berkenaan berlaku kerana beliau tidak sempat menekan brek kerana pandangan agak terhad kerana hujan lebat.

Menurut laporan Jabatan kerja Raya (JKR), jalan sudah selesai dibersihkan jam 3 pagi tadi bagi membolehkan kenderaan terhalang sahaja melaluinya.

Sehingga kini jalan masih ditutup untuk digunakan orang ramai bagi proses pembersihan sepenuhnya yang bermula pagi ini di mana kerana lumpur masih terlalu banyak dan memakan masa untuk dibersihkan sepenuhnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.