PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hanya tangisan dan air mata mengiringi seorang anak apabila hasrat menyelamatkan bapanya yang lumpuh tidak kesampaian selepas bapanya ditemui rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Tandek, Kampung Kuranji, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang memadamkan kebakaran menemui Abdul Wakil Abdul Salam, 68, rentung selepas dipercayai terperangkap dalam rumahnya memetik Harian Metro.

Perasaan anak tak mampu selamatkan bapa lumpuh dalam kebakaran

Kejadian itu menyebabkan anaknya, Noorizam Abdul Wakil, 36, melecur di bahagian mukanya manakala isteri dan cucu mangsa tidak cedera selepas menyelamatkan diri.

Anak saudara mangsa, Rudgle Lubek, 28, berkata, ketika kejadian dia berehat di rumah saudaranya iaitu 100 meter dari tempat kejadian apabila terdengar jeritan ibu saudaranya yang memberitahu rumah mereka terbakar.

“Saya bersama penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran namun gagal selepas api marak dengan pantas.

“Lantas, saya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membantu memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rudgle berkata, dia melihat sepupunya iaitu Noorizam berada di sekitar tempat kejadian dan mukanya melecur selepas cuba masuk semula ke dalam rumah menyelamatkan bapanya tapi gagal kerana api marak.

“Ketika itu, saya melihat Noorizam menangis dan mukanya melecur dan dia memaklumkan cuba menyelamatkan bapanya dengan masuk semula ke rumah tapi gagal.

“Ibu Nooizam juga cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat penyembur racun namun gagal,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama isteri serta anak dan seorang cucunya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.