PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Walaupun kelihatan indah, tasik Karachay, Rusia mungkin tempat terakhir di muka bumi yang anda pilih untuk anda lawati.

Hanya dengan berdiri di tepi tasik yang indah ini selama satu jam, anda akan mendapat dos radiasi persamaan sebanyak 600 kali x-ray, lebih daripada cukup untuk membunuh anda. Tasik ini mengandungi lebih daripada 200,000 kali jumlah biasa radioaktif, kerana amalan pembuangan sisa berbahaya.

Kenapa Tasik Indah Ini Dikatakan Paling Bahaya di Dunia?

Terletak jauh di Pergunungan Ural Rusia, berhampiran dengan sempadan Kazakhstan, tasik Karachay adalah sebahagian dari Mayak Production Association, salah satu kemudahan nuklear terbesar (leakiest) di negara ini.

Dibina pada tahun 1940, selepas Perang Dunia II, Mayak adalah salah satu kilang yang paling penting untuk senjata nuklear, yang tidak boleh diakses kepada orang luar selama 45 tahun. Setelah Presiden Boris Yeltsin menandatangani dekri pada tahun 1992, kawasan itu di lawati oleh ahli-ahli sains, dan di isytiharkan sebagai kawasan yang paling tercemar di planet ini. 

Kerosakan yang dilakukan oleh pengurusan sisa nuklear yang berbahaya di keseluruhan rantau Chelyabinsk dan telah menyebabkan peningkatan 21 peratus dalam kes-kes kanser, peningkatan 25 peratus dalam kecacatan kelahiran, dan peningkatan sebanyak 41 peratus leukemia.

50 peratus daripada penduduk yang mempunyai anak telah diberikan steril. Daripada 40 buah kampung di tebing sungai hiliran dari Mayak, 23 terpaksa dipindahkan.

Tasik yang Indah Tapi Paling Bahaya di Muka Bumi

Tasik yang Indah Tapi Paling Bahaya di Muka Bumi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.