PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hanya perlu bayar RM15,000 dan pelabur dijanjikan faedah bulanan dan jongkong emas bernilai hampir RM40,000.

Bagaimanapun, tawaran pelaburan itu adalah palsu apabila beratus mangsa ditipu hampir RM8 juta apabila gagal memperoleh pulangan dijanjikan oleh sindiket yang aktif mencari mangsa melalui laman sosial Facebook (FB)

Salah seorang mangsa, Mohd Fakhrul Ali, 29, berkata, dia terjebak dalam penipuan pelaburan emas itu selepas dipujuk salah seorang rakannya menyertai skim berkenaan Ogos lalu memetik Harian Metro.

Kerugian hampir RM8 juta tersontot emas

Menurutnya, dia tertarik untuk melabur berikutan skim emas itu menjanjikan keuntungan dalam tempoh pantas.

“Ejen pelaburan itu yang bergerak melalui laman sosial Facebook (FB) memberi penerangan dan taklimat kepada saya dan individu lain yang berminat.

“Seramai 50 peserta mendengar taklimat khas itu yang diadakan di sebuah pejabat di Kepong,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.