PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tidak timbul isu kenaikan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan kerana ia ditangggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat menjelaskan, pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan memetik Astro Awani.

KKM sahkan harga ubat di hospital dan klinik kerajaan tidak akan naik

“Dalam sektor kerajaan, peningkatan kos perubatan akan melibatkan kerajaan dan bukan pesakit,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada peningkatan bagi kos ubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Kebelakangan ini kebimbangan disuarakan oleh banyak pihak bahawa kemungkinan harga ubat-ubatan akan meningkat sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.