PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang penganggur diumum sebagai pemenang pertandingan lelaki paling hodoh di Zimbabwe apabila mengalahkan 35 peserta yang lain.

Mison Sere membawa pulang hadiah wang tunai AS$500 (RM2,141) selepas disahkan pemenang Mr Ugly 2015 yang berlangsung di sini pada Jumaat lalu memetik Harian Metro.

Lelaki dinobat Mr Ugly 2015 tewaskan juara bertahan
SERE membuat aksi lucu ketika menyertai pertandingan Mr Ugly 2015 di Harare, Zimbabwe. 

Sere yang tidak mempunyai beberapa gigi depan berkata, dia sangat gembira apabila menewaskan penyandang gelaran Mr Ugly sebanyak tiga tahun berturut-turut.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memenangi gelaran ini. Pada tahun lalu saya menduduki tempat keempat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana mengiktiraf wajah saya,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.