PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015 | Secara general, sekuriti pengguna Streamyx menggunakan WEP. Sekuriti WEP sangat lemah berbanding WPA. Tidak hairanlah kenapa Wifi mudah digodam dan dicuri.

Jadi, saya sarankan anda semua untuk menukar sekuriti Wifi anda sekarang juga kerana penjualan alat untuk menggodam Wifi sangat meluas pada hari ini.

Sila download "Fing" pada telefon pintar atau "Whos on my wifi" pada komputer anda untuk mengesan siapa yang sedang menggunakan Wifi rumah anda.

(Baca: Tutorial Cara Tukar Nama dan Kata Laluan Unifi)

Apa itu WEP dan WPA?

1. WEP(Wire Equivalent Privacy) sistem sekuriti wifi yang pertama dicipta dan bersifat statik.

2. WPA(Wi-Fi Protected Access) sistem sekuriti wifi terkini dan bersifat berubah-ubah.

Kenapa WEP mudah kena hack? Sebab statik. Kalo WPA, dia berubah-ubah dan membuatkan proses hacking lebih lama dan kemungkinan besar tak berjaya.

Pengalaman Wifi kena hack adalah sangat menyakitkan hati. Mana tidaknya, kita yang bayar, si penggodam pula sedap-sedap guna.

Jangan risau, di sini saya akan ajarkan kepada anda cara mudah untuk menukar sekuriti WEP kepada WPA modem streamyx Innacomm W7100N.

Cara Tukar Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Biasanya, hacker menggunakan Alfa atau Signal King untuk menggodam Wifi anda.

Ada 4 prosedur utama yang anda kena lakukan untuk menukar sekuriti Wifi kediaman anda.

Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Open http://192.168.1.1/, login: tmadmin, password: Adm@****(4 digit terakhir No. MAC Adress modem anda).

1. Buka browser http://192.168.1.1/ dan masukkan login ID dan kata laluan anda. Secara general, login ID adalah tmadmin dan password adalah Adm@****(4 digit terakhir No. MAC Adress modem anda).

Contohnya,

Login: tmadmin
Password: Adm@1234

(√) Quick Setup Mode

Mac address modem boleh didapati di belakang modem Wifi anda.

Jangan lupa "tick" pada "Quick Setup Mode" dan terus tekan butang "Login".

Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
 Pastikan anda memasukkan Username dan Password streamyx yang didaftarkan. (WAJIB MASUKKAN SEMULA PASSWORD)

2. Setelah menekan butang login tadi, anda akan dibawa ke halaman ini. Pastikan anda memasukkan Username dan Password streamyx yang didaftarkan. (WAJIB MASUKKAN SEMULA PASSWORD)

Di halaman ini, ada dua jenis "connection type". Pilih "Router Mode" untuk Wifi dan setelah selesai, tekan "Next".

Pilih "WPA Encryption" dan masukkan kata laluan.

3. Di sinilah anda boleh menukar sekuriti Wifi kediaman anda. Pilih "WPA Encryption" dan masukkan kata laluan.

Contoh kata laluan terbaik: $m4z33rm0h4m4d$

Kata laluan tu, lagi serabut lagi elok.

Setelah selesai, klik sahaja "Next" untuk ke laman seterusnya.

Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Tekan "save" dan anda telah berjaya menukar sekuriti Wifi anda.

4. Sekiranya anda telah sahkan, tekan sahaja "save" dan anda telah berjaya menukar sekuriti Wifi kediaman anda. Tahniah!

Sekiranya ada masalah, terus hubungi TM Customer Service. Telefon "100" menggunakan telefon rumah anda.

P/s: Sekiranya anda masih juga ingin menggunakan Security WEP dan hanya mahu menukarkan password, ikuti langkah 2 dengan hanya pilih "WEP Encryption" dan terus ke langkah 3 dan 4.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.