PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

Rintihan Sayu Rakyat Marhaen Buat Tun Mahathir

“Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

“Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

“Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan ‘cut cost’ kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun Mahathir, dengarlah suara hati kami,” tulisnya di Facebooknya.

Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain.

‘Tun M Tolonglah Kami, Belanja Pergi Kerja RM50 Sehari’ – Rintihan Rakyat Buat Tun Mahathir

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.