PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

ALOR SETAR: Seorang wanita yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi ditahan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas didapati berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik di Jalan Teluk Wanjah di sini, awal semalam.

Pasangan itu antara empat individu yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan terhadap lokasi berasingan sekitar bandaraya ini mulai jam 11 malam kelmarin hingga kira-kira 1 pagi semalam. 

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan cuba menipu pihak berkuasa kononnya dia belum berkahwin untuk mengelak statusnya diketahui pihak berkuasa sebelum mengakui bertunang buat kali kedua dan mempunyai tiga anak dengan bekas suaminya terdahulu.

Bertunang Dengan Lelaki Lain, Kantoi Dengan Lelaki Lain

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rosyidi Mahmud, berkata pihaknya menahan pasangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat mereka dalam sebuah kedai makan di bandar raya di sini memetik Berita Harian.

Beliau berkata, sebaik anggotanya tiba di lokasi kejadian, mereka mengetuk pintu sebuah bilik dalam kedai makan berkenaan sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan takut. 

"Anggota kami kemudian membuat pemeriksaan dalam bilik yang ditutup lampu dan menemui seorang lelaki yang berpakaian lengkap dalam bilik itu. Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat. 

"Wanita itu mengaku mengenali lelaki berkenaan sejak tiga bulan lalu namun mengakui sudah bertunang dengan lelaki lain dan sudah melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan keduanya.".

Namun berdasarkan maklumat awam yang diterima, lelaki itu dikatakan sudah beberapa kali datang ke bilik itu bertemu wanita berkenaan sehingga menimbulkan syak sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mahram," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sementara itu katanya, dalam serbuan terhadap sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala pula, sepasang kekasih dicekup berdua-duaan dalam bilik tanpa mempunyai sebarang ikatan sah. Pasangan terbabit yang berusia 19 tahun, salah seorang daripadanya adalah pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perak, didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik tanpa mempunyai sebarang ikatan sah. 

"Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengetuk pintu sebelum dibuka seorang lelaki berusia 19 tahun yang mengaku berdua-duaan dengan pasangannya. "Soal siasat mendapati, mereka mengaku berkenalan sejak sekolah dan jarang bertemu disebabkan remaja perempuan terbabit belajar di Perak, manakala pasangannya bekerja di sebuah hotel di bandar raya ini,"katanya.

Beliau berkata, dua pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.