PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ketika Uqasha Senrose sudah mengenakan hijab dan juga menjalankan perniagaan busana muslimah, pelakon ini tidak dapat lari terpalit dari kontroversi yang mendakwa dirinya menjadi call girl atau pun pelayan kelas atasan selain turut dituduh mengambil dadah.

Menjelaskan perkara berkenaan melalui BH Plus, Uqasha menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak berasas dan bijak menghadapi kontroversi tersebut dengan tenang.

Dituduh jadi pelayan kelas atasan atau call girl, ini jawapan Uqasha Senrose

“Mana mungkin saya menjadi call girl dengan imej bertudung sebegini. Tidak logik rasanya tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu kerana sebagai seorang gadis berhijab, semestinya saya ingin menjaga batas dan tingkah laku”

“Apabila perbualan saya saya dan rakan saya tersebar di laman sosial, ada pihak yang mendakwa ia sebagai kata kunci bagi menggantikan perkataan dadah. Sebenarnya itu adalah privasi saya kerana setiap individu mempunyai pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi”

“Lumrah seorang anak seni tidak akan dapat lari dari dikaitkan dengan kontroversi dan cerita sensasi. Jadi saya memilih untuk menghadapi setiap perkara negatif yang melanda diri dengan tenang,” jelasnya. Apa pun, moga dengan penjelasan Uqasha dapat membersihkan kembali namanya.

Uqasha Senrose buka mulut isu tuduhan jadi pelayan kelas atasan atau call girl

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.