PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

GOPENG: Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu. Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape.

"Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi memetik Berita Harian.

Vape Milik Lelaki Ini Meletup, Bibir Kena Enam Jahitan

Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.

Vape meletup, bibir kena enam jahitan
KEADAAN vape milik Lan yang meletup dan mencederakan penggunanya.

Vape meletup, bibir kena enam jahitan

Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir. "Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka.

Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya. "Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta," katanya.

Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup.

"Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan

 Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu.

Vape meletup, bibir kena enam jahitan

(Baca: Lelaki patah leher dan retak muka kerana vape meletup)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.