PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Status terbaharu Aizat Farhan Rohizat yang merupakan JK Media PEMBINA Pusat ini menarik perhatian ramai terutama golongan vapers.

Jom kita baca apa sebab dan punca sebenarnya mereka menolak vape untuk bertapak di Malaysia.

Vapers Tidak Akan Diterima dan Selamanya tidak dibenarkan bertapak di Malaysia

Vapers Tidak Akan Diterima dan Selamanya tidak dibenarkan bertapak di Tanah Air

Itulah keputusan muktamad oleh kami.

Petang tadi saya sempat menghadiri mesyuarat tergempar oleh Kementerian Kesihatan yang mengumpulkan semua wakil Badan Professional dan NGO. Saya mewakili NGO PEMBINA yang membawa suara mahasiswa kepada menteri-menteri kesihatan.

Apa yang saya dapat tadi Kementerian telah pun engage dengan Kerajaan dalam hal ini untuk 'reconsider' isu tidak Ban Vape namun senario ahli politik Malaysia ialah begitu mengecewakan. 

Namun, wakil dari Kementerian, Timbalan Ketua Dr Lokman buat keputusan untuk tidak putus asa dan memulakan tindakan merampas Vape yang mengandungi nikotin yang dijual tanpa lesen sah.

Kini, Kementerian bukan sahaja berhadapan dengan kedegilan ahli politik, malah gerakan badan NGO Vapers yang lantang melawan tindakan kementerian dari pelbagai sudut. Ada yang sampai mengugut bunuh dan sebaginya. Kerana bisnes Vape ini ibarat dadah. Membawa banyak keuntungan dan mereka sanggup buat apa saja pada yang menghalang bisnes mereka. Seram saya dengar cerita tu. Tambah lagi pula, Malaysia merupakan pengguna Vape no 2 terbanyak di Dunia!

Jadi semasa perbincangan mesyuarat tersebut ada beberapa persoalan kenapa Vape ini ditentang. Antaranya:

1. Apa beza E-cigarrete dan Vape?

E-cigarrete ialah:
-ada nicotine
-boleh subjected by law aka dirampas
-only certifed pharmacist bole jual
-E-cigarreete ni rupa mcm batang rokok, cuma elektronik

Vape ialah:
-no nicotine
-rupa vape ni macam selalu nampak orang pegang tu, bentuk kotak dan mcm ada sumbu kat atas
-so no nicotine takleh nak rampas by law pun
so apa isunya?
isunya ialah bila vape di Malaysia ada nikotin. Jadi memang by law akan dirampas

2. Vape yang diclaim takde Nicotine pun apa isunya?

Kementerian still berpendirian untuk ban je vape. Begitu juga badan2 NGO lain yang hadir tadi. Sebab apa? Isu Normalisasi masyarakat. Dia ada banyak potential harm cause and effect. Antaranya akan meramaikan lagi potential smoker. Kalau tengok hari ni, budak2 kecil, wanita dan pelajar sekolah mula cuba vape! ikutkan rokok takde la orang nak cuba secara open dan segan nak ikut, tp hari ni selamba je dan dianggap cool. Lama2, orang akan pandang vape benda biasa. Seterusnya nampak orang merokok pun rasa macam benda biasa. Takde rasa bersalah langsung.

3. Vapers untuk orang yang nak berhenti merokok?

Ramai je ex-smoker boleh berhenti tanpa vape. Tanya diri sendiri la. Kalau betul2 nak berhenti merokok dengan vape, sepatutnya bilangan hisap vape akan berkurang. Tapi hakikatnya makin banyak dibeli dan siap buat festival lagi. Tang mana akan berkurangnya?

4. Kenapa lawan vape je, tak rokok?

kementerian dan NGO PEMBINA menentang kedua-dua bahkan shisha sekalipun. Kenapa menentang vape sekarang sebab dia perkara baru dan masih ada harapan utk ubah dan baiki behaviour masyarakat. Rokok pula masuk negara masa awal2 90an dlu ke negara kita. tapi masa tu takde movement menentang, maka sampai hari ni orang masih susah nak tinggalkan rokok atau susah kurangkan smokers. Tapi vape ni masih baru dan kita tak patut ulangi kesilapan kita seperti generasi awal kita yang menerima rokok dlu

Akhir meeting tu, semua NGO dan Kementerian bersetuju untuk mula gerakan menentang Vapers sehingga Vape hilang di bumi Malaysia.

Doakan agar kemenangan berada di pihak yang benar. PEMBINA serius dalam menentang budaya vape di kalangan mahasiswa dan belia dan kalau anda juga setuju Vape TAK patut berada di Malaysia, share post ni dan suarakan pandangan anda pada masyarakat.

Aizat Farhan Rohizat
JK Media PEMBINA Pusat

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.