PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hakikatnya, demam Adele masih belum berakhir.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Britain itu dilapor menyamar sebagai dirinya sendiri untuk mengambil bahagian dalam uji bakat mencari ‘Adele impersonator’ yang dianjurkan oleh BBC Graham Norton.

‘Adele impersonator’ ialah pertandingan mencari bakat baru yang mampu menyerupai gaya serta cara nyanyian Adele memetik Astro Awani.

Adele menyamar sebagai peserta di uji bakat pencarian ‘Adele Impersonator’

Beberapa peserta tiba untuk mengambil bahagian dalam uji bakat tersebut, dan apa yang mengejutkan ialah Adele sendiri tampil sebagai ‘Jenny’ untuk mengambil bahagian.

Menurut BBC, Adele tampil dengan transformasi wajah — dagu dan hidung palsu untuk memastikan dia tidak dikenali oleh peserta lain.

Dia kemudian pergi ke pentas belakang bersama ‘impersonator’ yang lain untuk menyanyi lagu Bob Dylan “Make You Feel My Love,” yang merupakan lagu hit bagi Adele pada tahun 2008.

Berlakon sebagai seorang peserta yang gementar, Adele kemudian mengejutkan semua peserta yang berada disitu selepas dia memulakan persembahannya di pentas.
Ragu-ragu dengan suara ‘Jenny’ yang menyerupai suara Adele, peserta yang lain mula teruja selepas mengetahui bahawa ia adalah Adele dan bukannya Jenny.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.