PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kejadian yang berlaku semalam di Kajang ini agak mengejutkan sekali. Cubaan merogol seorang wanita Melayu oleh 3 lelaki India ini dilakukan di siang hari.

Lebih unik lagi apabila rakan-rakan India yang mendegar jeritan meminta tolong dari mangsa itu yang bergegas membantu menangkap penjenayah tersebut.

Tidak ramai yang faham apa yang mereka marahkan...kecuali jeritan perkataan 'pund*k' yang berulang kali sebagai menampakkan betapa marahnya rakan-rakan India kita. Dari rupa paras penjenayah dan sebutan perkataan 'permit' juga memungkinkan mereka adalah warga asing.

YANG PALING PENTING ingin kita ingatkan lagi dan lagi kepada semua, khususnya para wanita tanpa mengira bangsa apapun agar lebih berhati-hati.

Video Cubaan 3 lelaki India Rogol Wanita Melayu Kantoi

Baru-baru ini kita digegarkan dengan berita seorang wanita kerani sekolah agama dibunuh di dalam rumah sendiri. Semalam dikejutkan lagi dengan berita wanita Melayu di Ampang yang dibantu oleh jiran Cina-nya untuk menghubungi polis apabila ada penjenayah di dalam rumahnya.

Sementara itu, banyak juga kes sebelum ini yang menampakkan kerjasama yang baik di saat kecemasan dan mencegah jenayah tanpa mengira kaum di Nusantara ini. Antaranya, Anak Cina yang diculik dibantu oleh pemandu teksi Melayu di Kajang,

Begitu juga dengan kemalangan tragis pemandu India di Sg Ramal, Kajang ditolong oleh rakan-rakan Melayu dan lelaki cina dihina lelaki barat di Singapura ditolong oleh lelaki Melayu.

Ini pertanda bahawa tiada isu perkauman yang abadi dalam saat kecemasan dan menangani jenayah. Kita tidak boleh cop semua penjenayah itu melalui bangsanya. Marilah kita sama-sama mencegah jenayah secara bersepadu tanpa mengira bangsa dan agama.

Setiap dari kita juga harus ada kaedah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan diri menggunakan alat-alat seperti pepper spray, Tochlight cum Electric Stun-gun dan sebagainya. Situasi ini juga menuntut kita sentiasa merapatkan diri dengan pihak polis. Simpan talian hayat masing masing. Lebih baik jika kita ada perhubungan radio (Walkie Talkie) dengan insan terdekat yang boleh melindungi.

Apapun, semua peralatan dan perhubungan itu juga tidak akan membantu jika kita masih kekal dengan kelalaian yang melampaui batas. Ada Walkie Talkie dan telefon tetapi sering ditinggalkan merata tanpa dibawa atau selalu dibiarkan kosong caj baterinya. Ada pula habit yang tidak suka menjawab panggilan Walkie Talkie atau angkat telefon atau membaca mesej.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.