PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PENYOKONG bola sepak Turki bertindak menyorak ‘boo’ ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris.

Sebaliknya, penyokong melaungkan ‘Allahu Akhbar’ sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim memetik MStar.

Penyokong Turki ‘Boo’ Pemain Kerana Bertafakur Untuk Paris
Penyokong Turki ‘Boo’ Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat.

Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis.

Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain.

Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.