PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekurang-kurangnya 140 disahkan terbunuh dalan beberapa siri serangan, awal pagi tadi.

Empat yang disyaki penyerang adalah antara mereka yang maut, termasuk tiga daripadanya ditemui dalam dewan konsert Bataclan.

Mayat seorang daripada penyerang yang melancarkan serangan berani mati ditemui berdekatan Stadium Stade de France memetik Harian Metro.

Video serangan berani mati di Perancis

Stadium dipenuhi penonton yang menyaksikan perlawanan persabatan antara Perancis dan Jerman.

Mengikut video yang dimuatnaikan oleh Futboleros TV boleh kedengaran letupan berkenaan.

Rakaman SkyNews pula memaparkan Presiden Perancis, Fran├žois Hollande, memberitahu negara bahawa dia mengisytiharkan darurat dan beberapa pintu keluar masuk ke Perancis ditutup.

Selain itu, SkyNews turut memaparkan beberapa orang meletakkan tangan di kepala dan berjalan menuju keluar daripada dewan konsert.

Mereka dipercayai penonton yang dipercayai pada awalnya menjadi tawanan.



Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.