PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Belajar dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”Kata-kata itu menjadi azimat kepada Chong Sing Woh, satunya-satunya calon persendirian yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 pada usia 60 tahun.

Menurut Sing Woh, usia bukan penghalang untuknya menduduki SPM selain mengakui perlu mengharungi pelbagai rintangan untuk mengecap sesuatu kejayaan memetik Sinar Harian.

Warga emas SPM buat kali ke 6 Nak Masuk UPSI

“Keluarga memberikan sepenuh galakan namun ada rakan-rakan yang menyindir tentang tindakan saya ini.

“Saya tak ambil pusing perkara itu dan nekad untuk teruskan juga (SPM) sehingga melakar kejayaan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, di sini hari ini.

Dia berkata, peperiksaan SPM 2015 merupakan keenam didudukinya dan antara subjek yang diambil adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Moral.

“Saya memperuntukkan dua jam sehari sebelum ini untuk mengulang kaji setiap subjek yang diambil dan saya juga tidak mendapat tunjuk ajar formal daripada mana-mana guru,” katanya.

Katanya, dia berharap akan mengecap kejayaan dalam peperiksaan SPM kali ini sekaligus membuka peluang untuk ke menara gading.

“Satu-satunya impian saya adalah nak melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dalam bidang sains sukan,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.