PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PDRM akan mempertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan sepanjang 184 kilometer LPT2 bagi membantu mencegah kemalangan.

Ketua Trafik dan Kententeraman Awam Terengganu, Supt Kamaluddin Mohamad, berkata tindakan itu diambil berikutan peningkatan jumlah kemalangan apabila musim cuti memetik Bernama.

Ada 'mata-mata' di LPT2

“Kami mahu pengguna LPT2 tahu bahawa mereka sedang diperhatikan.

“Perangkap kelajuan di LPT2 akan dilakukan sepanjang Kuala Terengganu ke Kemaman dan akan dilakukan dalam dua waktu,” katanya.

Selain itu, katanya, polis juga akan melakukan sekatan jalan raya dan perangkap had laju di beberapa jalan negeri, termasuk laluan pantai.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.