PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Spekulasi bertiup kencang di media sosial bahawa WhatsApp dikatakan bakal lancar satu ciri dikenali sebagai “Chatting With”.

Ciri ini dikatakan akan memberitahu siapa yang rakan anda sedang berbalas mesej.

Namun, setakat ini tiada laporan media yang mengesahkan ciri ini.

Sebaliknya, sebuah blog tekonologi berkata laporan yang dikongsi adalah palsu dan gambar yang dikongsi adalah hasil Photoshop memetik Astro Awani.

Fungsi ‘Chatting With’ Whatsapp Meresahkan Ramai

Walapun belum ada pengesahan rasmi dari WhatsApp namun netizen cepat untuk memberikan reaksi mereka tentang ciri ini.

Ini kerana, WhatsApp sebelum ini memperkenalkan tanda semak (tick) berwarna biru menandakan mesej yang dihantar telah dibaca.

Ciri ini mendapat pelbagai reaksi, khususnya mesej yang tidak dibalas walaupun sudah mempunyai tanda semak biru.

Netizen berkata, ciri “Chatting With” juga bakal memberikan masalah yang sama jika ia menjadi satu realiti.

Ada juga yang berkata bahawa ciri “Chatting with” adalah seperti “Cheating with”.

WhatsApp merupakan perkhidmatan mesej yang berkembang pesat dan menurut majalah, ia mempunyai 900 juta pengguna aktif setakat September 2015.

Ia memperkenalkan ciri tanda semak biru pada 2014 dan mesej suara pada 2013.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.