PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap blogger Alvin Tan.

Beliau turut menyifatkan perbuatan Alvin baru-baru ini sepertimana yang diviralkan di laman sosial adalah sangat biadab dan perlu diberikan pengajaran setimpal memetik Astro Awani.

Zahid Hamidi arah PDRM tangkap Alvin Tan

“Saya minta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lakukan apa sahaja tindakan yang wajar untuk membawa dia (Alvin) ke muka pengadilan.

“Mungkin dia fikir dia boleh buat sesuka hati apabila berada di luar negara. Undang-undang negara mungkin dia rasa dia boleh elak, tapi tatasusila perlu dihormati,” tegas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang berucap merasmikan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks KDN pada Selasa berkata, nikmat inovasi iaitu internet dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah gunakan.

“Cetuskan inovasi supaya ia dapat memberi kebaikan kepada masyarakat hari ini dan seterusnya.

“Ia satu ibadah dan pahalanya akan berterusan selagi orang ramai mendapat manfaat daripada hasil inovasi kita,” jelasnya.

Sementara itu mengulas kenyataan Zahid, Khalid berkata pihaknya akan melihat tindakan yang perlu bagi membawa pulang Alvin ke Malaysia untuk disiasat.

Pada masa sama, beliau juga meminta orang ramai untuk tidak terus menviralkan perbuatan Alvin.

“Biarkan beruk itu, jangan dilayan. Makin dilayan, makin menjadi. Itu yang dia mahukan, publisiti,” katanya.

Alvin baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan memuat naik gambar dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.