Header Ads

Zarina Anjoulie Didenda RM5,000 Selepas Mengaku Salah Tuduhan Positif Dadah Methamphetamine

Selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes dadahnya, akhirnya Zarina Anjoulie hari ini telah mengaku bersalah atas tuduhan positif Methamphetamine tiga tahun yang lalu.

Memetik Beautifulnara, Zarina Anjoulie telah didenda RM5,000 sebagai hukuman kerana positif dadah jenis Methamphetamine.

Zarina Anjoulie Akhirnya Mengaku Salah Tuduhan Positif Dadah

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kes Zarina Anjoulie ini. Dadah adalah amat berbahaya dan harus dielakkan. Tak guna ambil dadah kerana hanya perkara negatif sahaja yang akan hadir daripadanya.

Semoga Zarina Anjoulie juga insaf dan akan menjauhi najis dadah selepas ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.