PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tahniah diucapkan kepada Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab kerana telah berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan All Stars yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor. Zizan mengenepikan saingan utama iaitu Johan dan turut membawa pulang hadiah berjumlah RM150,000.

Tidak dapat menahan sebak, Zizan dilihat memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara dan turut mengalirkan air mata di bahu Johan. Zizan Razak sebelum ini pernah memenangi Super Spontan musim pertama.

Juara Super Spontan All Stars Jatuh Kepada Zizan Razak

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Johan dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM75,000. Selain Johan dan juga Zizan sebagai peserta favourite, persaingan pada pentas terakhir rancangan tersebut turut membariskan Achey Bocey (tempat ketiga), Yus Jambu (tempat keempat), Rahim (tempat kelima) dan Tauke (tempat keenam).

Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.