PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Setiap wanita dilahirkan dengan kecantikan mereka tersendiri. Jadi, tak perlulah anda kaburkan kecantikan yang anda miliki dengan mekap tebal. Lelaki tak suka!

Kebanyakan lelaki sangat suka melihat wanita tanpa mekap. Tapi apa sebabnya lelaki sukakan wanita tanpa mekap?

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda penyebab lelaki tak suka wanita yang bermekap.

Kenapa lelaki tak suka wanita pakai mekap?

Lelaki suka wanita yang yakin

Keyakinan seorang wanita adalah sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk wanita meninggalkan alat solek mereka. Jika anda berani keluar tanpa secalit mekap di wajah, ternyata anda seorang yang yakin.

Tak suka wanita yang obses

Lelaki sukakan wanita yang cantik tapi tak suka dengan wanita yang terlalu obses nak cantik. Takkan la setakat pergi shopping mall pun pakai mekap macam nak pergi dinner.

Lelaki suka lihat wajah wanita bangun tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan pakai mekap masa tidur dan lelaki menganggap wajah semula jadi wanita yang baru bangun tidur sangat seksi.

Lelaki tak suka menunggu

Tiap kali nak dating, si dia perlu menunggu anda untuk bersiap. Lelaki memang tak suka menunggu. Jangan! Nanti si dia cari lain baru tahu.

Cantik luaran tak penting

Kalau rupa je cantik tapi tak pandai ambil hati dan kuat merajuk, si dia akan rasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.