PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

5 Disember 2015, anakanda keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Abdul Jalil Mangkat setelah hampir setahun menderita kanser hati tahap 4. 

Sehingga hari ini, pemergian almarhum sangat terasa walaupun sudah hari ketiga berlalu.

Kenapa Tunku Jalil Disayangi Rakyat? Baca ini.

Nama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail adalah antara yang mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana sangat disenangi dan didekati.

Pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil pada malam Sabtu lalu ditangisi ramai kerana peribadinya yang sentiasa melekat di jiwa rakyat.

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

PUTERA BERJIWA RAKYAT

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifatnya yang peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda. Almarhum seringkali ‘curi-curi’ keluar istana untuk merasai kehidupan sebagai rakyat biasa. Jarang untuk kita lihat anak raja yang sanggup berbuat sebegini



SEORANG YANG BERSIFAT RENDAH DIRI

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

Almarhum Tunku Jalil sering menunjukkan keselesaan untuk tampil sebagai seorang rakyat biasa seperti menaiki kereta api, makan ABC di gerai tepi jalan, membeli makanan di bazar dan bersantai di tepi pantai.


SEORANG YANG KUAT DAN TABAH

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

Walaupun disahkan menghidap kanser hati tahap 4, kesakitan yang dilalui selama ini tidak pernah ditonjolkan malah yang terukir hanya senyuman setiap masa. 

(Baca: Kecekalan Tunku Abdul Jalil melawan kanser yang ramai tidak tahu)

MENYAYANGI HAIWAN


Almarhum juga mempunyai kelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan,  malah pernah berkerja sebagai seorang penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.


SUKA MEMBANTU KAWAN-KAWAN

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

Almarhum juga membantu mempromosikan perniagaaan kawan baiknya dari sabah di fanpage facebook.

PUTERA YANG SUKA BERJENAKA

6 Sebab Utama Kenapa Tunku Abdul Jalil Disayangi Ramai

Siapa yang tidak suka dengan putera yang suka berjenaka seperti Tunku Abdul Jalil?  Sepanjang hayatnya, baginda sering menjadi perhatian rakyat Malaysia di media sosial dengan aksi-aksi lucu baginda.

Paling menghiburkan  rakaman video Almarhum sergah seorang jururawat ketika baginda dimasukkan ke hospital. Peribadi almarhum tersemat di ingatan setiap rakyat yang menyayangi baginda. Semoga almarhum tenang di sana. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.