PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekarang ni ramai orang mengeluh dek kerana tersepit dengan hutang.

Tidak kiralah apa jenis macam hutang seperti rumah, kereta, kahwin dan juga hutang peribadi.

Hidup pula makin tertekan setiap bulan. Mana taknya hampir separuh gaji habis sebab nak bayar hutang je.

Tips Untuk Hidup Tanpa Hutang

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 6 strategi terbaik hidup tanpa hutang.

1. Beli secara tunai

Henti segala pembelian yang melibatkan hutang dan ansuran. Jika terpaksa berhutang, maknanya anda masih tak mampu nak beli lagi. Cara paling mudah, kumpul duit dulu.

2. Hidup ikut kemampuan bukan ikut kemahuan

Berbelanja mestilah mengikut keperluan bukannya mengikut kemahuan. Kalau pendapatan RM1,000, belanja pun RM1,000. Jangan ikut nafsu!

3. Kena paksa simpan duit walaupun sikit

Jika rasa berat menyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Contohnya simpan RM2 setiap hari. Sebulan ada RM60 dan setahun jadi RM720. Jadi taklah terasa sangat menabung.

4. Gali punca pendapatan kedua

Contohnya, lakukan bisnes online. Jadi wang gaji untuk digunakan sehari-hari manakala keuntungan penuh hasil daripada bisnes adalah untuk disimpan.

5. Jangan buat hutang lagi

Kalau dah berhutang macam macam, buka mata tu. Jangan la nak berhutang lagi. Parah nanti. Habiskan hutang dulu barulah boleh berhutang lagi.

6. Gunakan duit ‘durian runtuh’ untuk langsaikan hutang

Setiap tahun mesti dapat bonus kan? Jadi gunakan duit ‘durian runtuh’ tu untuk langsaikan hutang. Lagi cepat selesaikan hutang lagi bagus. Tak ada la pening kepala lagi dan bebas hutang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.