PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sejujurnya, admin adalah orang yang tak berapa rajin nak ke majlis kahwin. Tapi, disebabkan selalu kena paksa dengan keluarga, admin ni pergi jugalah. Katanya nanti bila admin dah kahwin takde pulak yang nak datang.

Namun, apa yang diperkatakan oleh Arif Sukri ni ada benarnya apabila rata-rata tuan rumah terpaksa senyum kelat apabila berhadapan dengan tetamu macamni.

Tuan rumah majlis kahwin paling menyampah dengan 7 jenis tetamu ini

Musim kenduri datang lagi. Paling menyampah bila kenduri ada orang yang;

1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Akak segak sangat ea?

2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Makcik nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, makcik ke pengantin?

4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.

Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah makcik mati nanti senang anak-anak nak bacakan.

5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke…pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.

6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa…Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh…

Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.

Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.

Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.