PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEIRING kecanggihan teknologi dan perkembangan laman sosial, ia menjadi medium paling mudah untuk penggiat seni mempromosikan hasil kerja mereka.

Kewujudan hashtag antara yang dilihat mampu menaikkan populariti, terutamanya tajuk lagu atau filem.

Senarai lagu paling popular di Instagram 2015

Memetik Astro Awani, mari kita lihat senarai lapan lagu paling popular kerap disebut melalui hashtag di Instagram sepanjang tahun 2015.

1. What Do You Mean – Justin Bieber

Lagu ini merupakan single pertama dari album keempat Bieber, Purpose. Ia dicipta sendiri oleh Bieber bersama Jason Boyd dan Mason Levy. Lagu ini memecahkan rekod penstriman di Amerika Syarikat, mencatat 21 juta penstriman hanya selepas lima hari dilancarkan pada Julai lalu.


2. Good For You – Selena Gomez feat. A$AP Rocky

Tajuk lagu dendangan bekas kekasih Bieber ini berada di tempat kedua. Merupakan single pertama daripada album kelimanya, Revival, ia boleh disifatkan lagu Gomez yang paling berjaya sepanjang kerjayanya.


3. Hello – Adele

Tajuk yang ringkas namun sangat universal dan sesuai digunakan dalam banyak situasi. Tidak hairanlah, tajuk lagu berhantu ini kerap digunakan di dalam hashtag, walaupun baru sahaja dilancarkan Oktober lalu.


4. She’s Kinda Hot – 5 Seconds of Summer

Masih dengan resipi catchy dan mudah diingati, tajuk lagu ini sering digunakan anak muda untuk menggambarkan kecantikan wanita.


5. Blank Space – Taylor Swift

Secara sendirinya, tajuk lagu ini agak samar namun memandangkan ia dinyanyikan oleh Swift, tiada yang pelik apabila ramai yang gemar menggunakan hashtag ini.


6. Bad Blood – Taylor Swift

Mungkin juga faktor promosi besar-besaran daripada golongan peminatnya yang dikenali sebagai Swifties, hashtag Bad Blood mula kerap digunakan untuk menggambarkan situasi kurang menyenangkan dalam satu-satu perhubungan.


7. Focus – Ariana Grande

Seperti Hello, tajuk lagu ini juga ringkas dan memudahkan ia digunakan sebagai hashtag.


8. Worth It – Fifth Harmony

Lagu nyanyian kumpulan lima anak gadis dari Amerika Syarikat ini mencipta fenomena tersendiri selepas dilancarkan Mac lalu, justeru tidak hairanlah ramai yang menggunakan tajuk ini sebagai hashtag.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.