PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA TERENGGANU - Akibat gagal mengawal nafsu, seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol teman wanita yang baru dikenali seminggu, oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Suhaipudin Aziz, 28, dijatuhi hukuman itu apabila didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan di kawasan hutan Bukit Pak Samad Batu Tiong, Kuala Abang, Dungun.

Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 28 Febuari 2011, kira-kira jam 6 petang lapor Sinar Harian.

Baru seminggu kenal, lelaki rogol teman wanita
Suhaipudin Aziz, 28, (kanan) dipenjara 10 tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah merogol seorang gadis berusia 13 tahun yang baru dikenali seminggu.

Dengan itu, dia didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd Rahman di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad.

Berdasarkan fakta kes, mangsa baru mengenali tertuduh dalam tempoh seminggu sebelum masing-masing bersetuju untuk berjumpa kali pertama.

Suhaipudin dikatakan telah mengajak mangsa bersiar-siar di pantai yang terletak di Pulau Serai, Dungun sebelum membawa mangsa ke kawasan hutan berhampiran dan merogolnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan tertuduh terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.