PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Anda minat Star Wars? Bagaimana jikalau orang muda perli anda yang suda berusia meminati filem Star Wars? Mesti sakit hati bukan?

Namun, pasti ada penjelasan terbaik mengapa mereka yang lahir tahun 80/90an sangat meminati filem Star Wars.

Tulisan ini dipetik menerusi Fais Al-Hajari di Facebook miliknya yang menjelaskan kenapa dia suka sangat dengan Star Wars.

Apabila anak muda perli orang tua yang minat Star Wars

Mungkin golongan anak muda sekarang tidak mengenali dan kurang gemar dengan filem ini sehingga ada mengkritik generasi-generasi atas daripada mereka yang meminati filem tersebut.

Disebabkan kiritikan itu menjadi viral, salah seorang penggemar tegar filem Star Wars beri mesej padu kepada pemuda ini. Rasa lucu pun ada!

Star wars wujud zaman kami…Budak2 mcm ko ni tau apa?…Cinta sweet sweet pastu terinzal tanpa sedar…

Star wars wujud zaman kami. Dunia kami masa kecik dipenuhi dgn kenangan luke skywalker, darth vader, han solo, leia organa, chewbacca, c3po, r2d2, yoda, ben kenobi dll.

"Aku pelik jenis yang tua bangka minat Star Wars ni"

Kemudian masa kami awal 20-an, giliran anakin skywalker, padme amidala, jar jar binks, qui gon jinn, obi wan kenobi versi muda dan yoda versi..err..sama je rupa dia ???? menerjah kehidupan kami.

Star wars ni lebih dr sekadar light saber, x-wing fighter, force dll – plotnya amat berat; melibatkan political struggle, perubahan drpd demokrasi senat berepublik kpd diktatoris, pengkhianatan, kod disiplin, dendam dan banyak lg yg amat boleh kita relate dgn apa yg berlaku sekarang.

Budak2 mcm ko ni tau apa? Setakat layan “love u mr arrogant”, “suamiku encik sotong”, “vanilla coklat” dll sambil mengulit2 hujung bantal membayangkan cinta sweet sweet pastu terinzal tanpa sedar…

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.