PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika anak mengadu yang anda ni seorang ibu yang suka membebel, jangan ambil hati. Teruskan je walaupun mereka rimas mendengarnya.

Percayalah mereka akan berterima kasih pada anda di kemudian hari. Nak tahu kenapa?

Menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England, anak yang didesak berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.

Ibu kuat membebel, anak lebih berjaya

Sejak tahun 2004 hingga 2010, penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun.

Hasil dari penelitian itu mendapati, anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.

Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak dan berleter, anak kurang terjebak dengan masalah sosial seperti hamil luar nikah.

Jadi, siapa cakap menjadi ibu yang suka berleter dan mempunyai ibu yang suka mendesak ni tiada kebaikan?

P/S: Kepada ibu-ibu, jadikan ini sebagai alasan kuat untuk anda terus membebel.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.