PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebagai seorang ibu pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan apabila anak kecil membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain. Mula merangkak dan akhirnya mampu berjalan.

Tak dapat dinafikan sepanjang pembesaran anak tersebut, macam-macam ‘kemalangan’ kecil berlaku contohnya terjatuh, terlentang dan banyak.

Baca perkongsian Huda Hassan tentang bahaya jika anak korang pernah terjatuh ketika kecil.

Jangan Ambil Mudah Sekiranya Anak Anda Pernah Jatuh

Rupanya anak ada masalah tulang belakang

Salam. Saya nak kongsi 1 perkara. Ada anak pernah tjatuh dr katil masa umurnya 5 bulan. Ya, bergolek merangkak atas tubuh ibunya yg sedang tidur mati dek kepenatan di siang hari. Slpas jatuh, ibu ini dapati pergerakan anaknya normal pada pandangannya. Mampu merangkak dan bjalan pada usia 12 bulan. Tapi,bila dah setahun, anak ini hadapi masalah payah nk poo poo. 4@ 5 hari, sekali sahaja dpt poo poo. Itu pun poo poo sambil mnangis2. Ibu ayahnya ikhtiar suapkan buah-buahan, bg air sprti vitagen, air delima,tp hasilnya,masih xmampu poo poo dgn kerap. Setelah itu, anak ini(kini berusia 1y 8m) telah ditegur oleh seorang tukang urut yang berpengalaman,katanya anak ini ada masalah tulang belakang. Simtom yg diberitahu oleh tukang urut berpengalaman tersebut adalah ; adakah anak pernah terjatuh(cth:katil,buai,dari dokongan orang,semasa naik walker) ,adakah anaksusah untuk buang air besar,najisnya keras, ada timbul sisik pada kulit(anak ini ada sisik/kulit kasar sdikit di atas buku lali kanan),makan tidak selera seperti kanak kanak lain,tidur yang bunyi dengkuran(ibunya perasan dengkuran anaknya ada pada umurnya 5 bulan ke atas), bila tidak dapat sesuatu selalu akan meragam,tidur malam yg kerap terjaga(2,3 pagi terjaga menangis terpaksa tidurkan atas bahu sambil didukung oleh ayah@ibunya), mudah mendapat jangkitan selsema dan demam(pendek kata, anak ini sentiasa kena makan ubat bila tidak sihat),air mulut sentiasa mengalir wlupon bukan ketika masa nak tumbuh gigi,punggungnya besar sebelah, bahagian belakang serata sama dengan bahagian punggung, (maknanya tulang belakangnya sudah tiada lekukan yg terdapat lekuk lekuk seperti gigi),betis anak kurang dan payah nak berisi, tiada jaluran urat pada bahagian atas tumit dan “urat ketting”(istilah org kelantan) tidak kelihatan,apabila berjalan terlanggar sesuatu sentiasa nak rebah tanpa boleh pertahankan diri dari terjatuh…..

Tulang belakang sudah kritikal

Ya, petanda itu semua ada pada anak ini…ya,tulang belakangnya sudah kritikal(kata tukang urut ni). Jika dibiarkan, wlupon pergerakannya di mata ibu ayahnya nampak normal, apabila anak ini di usia dewasa, bkmungkinan besar akan mndapat lumpuh seluruh badan. Wana’uzubillahi min zalik… Solusinya, ibu bapanya kini menghantar anaknya untuk di urut setiap hari sehingga sembuh semata-mata untuk perbetulkan urat yang dah lama terjatuh sewaktu usia anak 5 bulan dahulu. Ikhtiar… jadi nasihat kpd semua ibu bapa, jika anak ada terjatuh, wlupun dr sudut medikalnya slps jatuh jika tiada muntah,demam @ sakit apa apa, segeralah bertindak, bawalah anak samada pergi membuat checkup di klinik yg anda biasa pergi@hospital @ jumpa pakar terapi bahagian bayi ataupun yang berminat dengan cara tradisional, pergilah berjumpa tukang urut yg betul betul berpengalaman ( biasanya golongan tukang urut ini mendapat warisan turun temurun dari keturunan mereka) untuk di cek. Pastikan seluruh urat dan tubuh anak tiada apa apa. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-4 anak ini dibawa pergi berurut,lurah tulang belakangnya semakin kelihatan, dapat tidur malam yang lena, selera makan semakin meningkat,kelihatan anak ini semakin selesa badannya. Alhamdulillah! Akhir kata, sama-samalah kita mendoakan agar anak anak syurga kita semua sihat walafiat dari sebarang penyakit. AMEEN YA ALLAH.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.