PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Zaman dulu, nak beli nasi lemak 20 sen pun, seminggu sekali saja saya mampu. Nak tengok wayang tiga bulan sekali, belum tentu walaupun harga tiket panggung Cathay pada ketika itu hanyalah RM2.50. 

Saya tidak dapat mewakili sekolah bermain bola sepak kerana tidak mampu membeli kasut bola ‘Toyu’ yang berharga RM8.00. Makan nasi beras hancur dengan kicap atau minyak dan garam sudah menjadi biasa.

Kenapa anak muda hari ini merintih hidup susah dan tertekan?

Nak baca surat khabar? Terpaksa tumpang balai polis sebelah rumah. 

“Terima kasih bapak-bapak polis di Balai Polis Kota Sarang Semut tahun 80’an,” 

Jika mereka suruh saya ke kedai, dapatlah upah 10 sen. 

Musim hujan, tidur dalam titisan air hujan kerana bumbung rumah sentiasa bocor. 

Maka sebab itulah saya tidak faham dan tidak mungkin boleh faham bila ada anak muda hari ini yang mempunyai kereta, yang mempunyai pelan data internet dan telefon bimbit berharga ratusan dan ribuan ringgit merintih mereka hidup susah dan tertekan kerana tol, GST dan harga makanan kedai mamak. 

Saya memang datang dari zaman berlainan untuk memahami makna susah anda. Cuma jangan cakap bahawa saya tak kenal erti susah. Segala kesenangan yang saya perolehi hari ini adalah melalui jalan susah. Alhamdulillah. – Ab Jalil Backer. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.