PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencemar duli bersantap di Restoran Ansari disini pada pagi tadi.

Tanpa sebarang protokol, Sultan Ibrahim masuk ke dalam restoran tersebut lalu memesan roti canai.

Difahamkan, restoran itu adalah restoran kegemaran baginda.

Inilah Sebab Kenapa Sultan Johor Disayangi Rakyat

Gambar-gambar baginda di restoran tersebut turut dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda dengan kapsyen :

Salam Jumaat
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sedang bersantap di Restoran Ansari di Muar, Johor Darul Ta’zim.

Di ruang komen media sosial, orang ramai memuji sifat Sultan Ibrahim yang disifatkan berjiwa rakyat.

“Salam Jumaat Tuanku. Walaupun saya bukan rakyat negeri Johor, tetapi saya selalu mengikuti perkembangan Tuanku sekeluarga. Terasa bangga mempunyai seorang Sultan seperti Tuanku. Keperibadian Tuanku benar2 sy kagumi. Bulan depan plan nak g Johor. Harap2 lah dpt terserempak dengan Tuanku di mana2.”, tulis pengguna Facebook, Azira Fadzil.

Antara Sebab Rakyat Sayang Kepada Sultan Johor

“Tuanku mmg the best sultan in malaysia.. lihat dr sikap n sifat bsahaja tuanku,buatkn sy teringin jd rakyat johor sbb mpunyai sultan bjiwa rkyt.. phm ksusahn hdup rkyt.. semoga tuanku dn tuanku permaisuri dberikn kshatn bpjgn.. daulat tuanku..” tulis Fazidah Husin

Antara Sebab Rakyat Sayang Kepada Sultan Johor

“Lepas tengok foto-foto ini terasa nak makan roti canai. Haha!! Terbaik Sultan Johor.”, tulis Wilson Lee pula.

Antara Sebab Rakyat Sayang Kepada Sultan Johor

Seorang pengguna Facebook yang berkata dirinya berasal dari Sabah pula berkata dia kagum dengan sifat Sultan Ibrahim.

“aiii sultan johor makan d restoran biasa dgn hidangan biasa serta berpakaian biasa…sya dr sabah sya sangat kagum dgn gaya hidup sultan ni..smoga panjang umur tuanku..”, tulisnya.

Antara komen-komen lain :

Antara Sebab Rakyat Sayang Kepada Sultan Johor

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.