PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Berikutan kejayaan pasukan JDT mendominasi Anugerah Bola Sepak kebangasaan 2015, nampaknya kejayaan tersebut tidaklah dibanggakan oleh penaung pasukan bola sepak JDT, TMJ, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Memetik tulisan baginda di laman facebook JOHOR Southern Tigers, baginda memuatnaik tulisan semula perbualannya dengan dengan wartawan di mana baginda Tuanku tdiak mengiktiraf anugerah bola sepak kebangsaan tersebut.

TMJ tidak iktiraf anugerah bola sepak kebangsaan

Menurut baginda, dia tidak mengambil serius anugerah ini kerana anugerah berkenaan dilihat dipengaruhi politik.

“Sepatutnya pengiktirafan diberikan kepada yang layak, bukan untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu,” kata baginda.

Ditanya oleh wartawan adakah beginda mengiktiraf anugerah ini, bagind berkata,

“Tidak. Semasa saya dimaklumkan pihak FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri. Bagi saya, sekiranya hendak mencalonkan anugerah jurulatih terbaik, pilihlah yang mempunyai pencapaian seperti Mario Gomez, Mehmet dan Tan Chen Hoo, yang telah membuktikan kemampuan dengan pencapaian masing-masing.”

“Mengapa calonkan Zainal yang tiada sebarang pencapaian untuk tahun ini? Manakala untuk anugerah penyokong terbaik pula, mengapa Pahang yang menerimanya, sedangkan stadium mereka tidak sentiasa penuh, seperti di Larkin juga yang kadangkala tidak penuh? Bagi saya, yang layak menerima anugerah tersebut adalah penyokong Kedah, kerana stadium mereka sentiasa penuh dari awal hingga ke akhir tahun,” kata baginda.

Menurut TMJ, baginda telah memberikan nasihat kepada FAM tetapi menurutnya nasihatnya bukan boleh mengisi kocek sesiapa pun. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.